NAZA BLADE 650

Hari Isnin macam biasa lah datang ofis dengan muka sememe serabai melangkah dengan malas. Monday Blues..Sampai je kat meja terus on PC, tengah mengelamun tunggu “tingkap” PC dibuka tu tiba-tiba dapat panggilan telefon dari Mr Asimo; “Hah, busy ke? motor Naza Blade ada kat aku ni boleh ambik kalau nak test” kata Asimo. Tiba-tiba mata aku jadi segar, “Blade EFI ke 250? ke 650?” tanya aku padanya. “Blade 650” jawab Asimo. Dengan pantas aku tanya; “bila boleh ambik? Petang ni boleh ke?” Boleh, no problem kata Asimo. Hahahahaha, ok petang nanti aku roger kau yer Asimo…..

NAZA BLADE 650

Yessss aku memang pantang di”offer” jadi ajer kalau bab test motor ni. Apetah lagi motor model terbaru naza iaitu Naza Blade 650R EFI. (EFI bermaksud “Electronic controlled fuel injection”). Mungkin masih ada yang masih tertanya-tanya apa yang istimewa sangat dengan motor naza ni. Maklumlah kenderaan naza kebanyakannya adalah hasil dari re-branding jenama luar yang diberi sentuhan semula oleh Naza. Bagi model Blade (250 & 650) yang telah berada di pasaran hampir sedekad mungkin tidak memberi impak visual yang begitu ketara bagi mereka yang mengikuti pasaran motorsikal negara kita.

NAZA BLADE

Pada petang itu seperti yang dijanjikan aku pun sampailah di lokasi yang telah dijanjikan dengan menaiki kereta yang ditemani pembantu peribadi  aku yang sangat spesel…pepaham je la sape…. Kelihatan motor pisau blade ni beristirehat dihadapan rumahnya. Dari jauh lagi dah kelihatan dengan warna putih metallic berkilau dan enjin yang telah sedia hidup bagaikan menggegar jantung. Tanpa berlengah aku pun segera parking kereta dalam hati memang tak terkata betapa excited nak test motor blade ni.

NAZA BLADE 650

Pada pandangan pertama dari hadapan nampak masih mengekalkan rupa blade yang lama dengan 2 buah lampu projektor bertingkat. Namun dibahagian ekor dan tempat duduk telah berubah menjadi lebih tirus dan runcing serta dilengkapi dengan lampu brek dari jenis LED. Haaaaa macam ni la cantik. Memang jauh berbeza kalau dibandingkan dengan rekabentuk ekor belakang blade yang lama. Yang baru ni lebih lentik lebih mengancam macam supermodel.

NAZA BLADE

Disamping itu juga blade yang bakal dibelasah ini dilengkapi dengan tabung ekzos keluaran 2brothers racing(TBR) yang juga boleh dibeli dari Naza Bikes.Memang merdu lagi syahdu serta sangat menggegar jiwa. Itu baru tengah duduk idling. Jadi tanpa berlengah setelah selesai urusan penyerahan kunci serta dokumen berkaitan, here we go!

NAZA BLADE 650

Heheheheh jalan slow jer la. Sambil-sambil melayan kesesakan jalanraya waktu petang . Menuju pulang ke rumahku yang terchenta. Cewwwahhhh….perjalanan yang terpaksa menempung kesesakan jalanraya serta laluan motorsikal lebuhraya persekutuan pada mulanya rasa berat hati untuk menggunakan laluan tersebut, tetapi tak mengapa, redah saja.

NAZA BLADE 650

First impression, naza blade ni macam berat dan degil untuk mengubah laluan apetah lagi untuk merentasi laluan motorsikal yang penuh liku suka duka dan juga lopak air. Sangkaan aku meleset bila blade cukup mudah untuk di gerakkan ke kiri dan ke kanan mengikut setiap selekoh yang ada.

NAZA BLADE 650

Sistem suspensi blade juga cukup tegap untuk menyerap segala gegaran tanpa menyeksa pinggang dengan hentakan keras. Terseyum aku seorang diri, masakan tidak; motor 650cc yang berharga kurang dari RM25,000 akan tetapi mampu memberi kualiti tunggangan yang setara dengan model dalam kelasnya.

NAZA BLADE 650

Setelah penat mengharungi jalanraya yang sesak, akhirnya sampai juga aku di rumahku syurgaku. Phew, memang berpeluh-peluh bila bawak motor besar dalam jalan yang jem. Nak laju pun tak boleh ; layankan sajelah. Tapi on the good side, memang ternyata motor blade 650 efi ni menjimatkan minyak jika ditunggang dengan munasabah dimana perjalanan yang lebih kurang 40km dalam keadaan stop n go Cuma menelan minyak sebanyak 1bar sahaja mengikut  meter aras minyak.

NAZA BLADE 650

Bila dah hilang penat, sampai masa untuk meneliti motor ini dengan lebih teliti. Dari pandangan mata kasar bahagian yang paling menonjol adalah pada bahagian ekor yang lebih cantik dan runcing. Ditambah pula berseri-seri dengan kehadiran ekzos TBR yang berkilau. Pada suspensi bahagian hadapan dilengkapi dengan fork jenis inverted (upside-down fork) yang mempunyai fungsi damper bolehlaras; manakala monoshok bahagian belakang hanya mempunyai fungsi preload bolehlaras. Walaubagaimanapun jangan tertipu dengan rekabentuk luaran “normal” monoshock tersebut kerana ianya memang berfungsi dengan mantap dan tegap. Terbukti di lorong motorsikal lebuhraya persekutuan! Hahahahahaha.

Bila sudah ada “motor besar” macam ni rasa macam asyik nak merayap naik motor jer. Maklumlah, motor baru katakan. Tambahan pula motor ni adalah motor sebenar yang digunakan oleh Tony Carbajal dalam acara stuntshow sewaktu acara Bikepalooza anjuran Naza.Autoshift.net adalah media pertama yang diberi hak istimewa untuk melenjan moto ini selepas Abang Tony.

NAZA BLADE 650

Memang teringin mencuba melakukan aksi yang sama, tapi tak mampulah. Itu di luar bidang kepakaran aku. Hahahahaha. Tak dapat buat aksi stunt takpelah, kita pergi makan dengan awek lagi bagus. Naik motor besar pulak tu. Errr tapi si dia tu berat sikit dari aku, sudahlah tinggi aku 163cm jer, nasib baik ada rider yang mamapu menggunakan segala kepakaran yang ada untuk mengawal motor besar ni. Sekali lagi thumbsup pada sistem suspensi motor Naza Blade ni.

NAZA BLADE 650

Sememangnya kita tak boleh menilai sesuatu hanya pada rupa luaran sahaja. Memang tiada masalah langsung! Selesa dan tidak menyakitkan pinggang tetapi masih memberikan prestai sewaktu di selekoh dengan sempurna. Lepas makan kita pergi ronda-ronda la. Melaram motor besar! Dan sememangnya tak dapat dinafikan dengan bunyi ekzos TBR yang sangat garang membuatkan semua orang yang berada di sepanjang laluan menoleh dan terpaku keasyikan kerana terpesona dengan bunyi ekzos motor blade ni. Seperti kita tidak asing lagi konfigurasi enjin jenis V-twin memberikan nada bunyi ekzos berbeza jika dibandingkan dengan bunyi sportbike yang lain dimana rata-rata menggunakan konfigurasi enjin inline-4. Dentuman ekzos yang padat terasa seperti jantung dipalu bertubi-tubi. Apatah lagi bunyinya seakan motor DUCATI.

Jauh perjalanan, lebih juga minyak digunakan. Lampu amaran pada meter aras minyak telah berkelip-kelip, tanpa berlengah stesyen minyak dituju. Berapa ringgit pula kene isi minyak nak kasi penuh ni? Tak banyak pun, cukup-cukup RM20 sahaja. Agak kecil rasanya kerana skuter Naza GTR150 aku pun dah dekat RM16 untuk penuhkan tangkinya. Mungkin selebihnya disimpan pada ruang rezab tangki. Tak berani nak cuba sampai kering tangki. Jangan buat pasal nak menolak motor blade ni. Beratnya ya rabbi, lebih kurang 210kilo, boleh tercabut lutut kalau kene menolak ke stesyen minyak. Jika dibandingkan dengan sportbike yang lain sememangnya naza blade ni berat sikit la, tak banyak pun lebih kurang 20kilo jer.

NAZA BLADE 650

Tetapi jangan risau,beratnya tidaklah ketara sangat sehingga sukar untuk dikendalikan. Wheelbase Naza Blade ni pun lebih sedikit dari superbike/sportbike yang lain agar kestabilan pada kelajuan tinggi terjamin.  Ini sangat penting kerana enjinnya menyimpan hampir 80 “ekor kuda” dan daya kilas sekuat 66Nm pada +-7000rpm. Ya kuasa kudanya tidak setinggi sportbike lain,tetapi; daya kilasan atau torque enjinnya memang sangat mengkagumkan! Jadi tidak hairan jika anda boleh menunggang dengan santai didalam bandar dengan menggunakan gear 6 dibawah had laju jalanraya. Dan jika perlu memotong kenderaan lain anda tak perlu risau untuk menukar gear, hanya sedikit pulasan throttle diperlukan dan anda telahpun meluncur laju kehadapan meninggalkan kenderaan tadi. Memang daya kilasan enjin sangat berguna ketika melalui jalan yang sesak. Tidak perlu menukar gear dengan kerap serta tidak perlu memerah enjin untuk berputar pada rpm yang tinggi hanya ketenangan dan santai sahaja. Jika jalan telah lengang, dengan mudah angka kelajuan pada meter digital motor ini untuk menunjukkan angka sekali ganda dari had laju lebuhraya.

Pada hujung minggu, motor ni juga memberikan senyuman sewaktu menunggang di jalan yang berselekoh. Perjalanan menuju ke Genting Highland memberikan keseronokan berganda walaupun tayar yang dibekalkan dari kilang kurang sesuai untuk tunggangan aggresif, ia tidak bermakna keseronokan menunggang itu hilang. Selagi had kemampuan tayar dijaga, senyuman pasti terukir di sepanjang perjalanan. Tunggangan di lebuhraya juga tidak mengecewakan. Jika tidak berhati-hati,surat saman melebihi had laju pasti memenuhi peti surat di rumah. Pendek kata, sememangnya memang pelaburan yang berbaloi-baloi jika faktor harga diambil kira. Walaupun terdapat sedikit gegaran pada bahagian fairing hadapan, ianya masih boleh diterima kerana sememangnya gegaran tersebut terhasil daripada sifat mutlak sebuah enjin v-twin.

NAZA BLADE 650

Laju tu laju juga, aspek keselamatan pun perlu dijaga. Blade dilengkapi dengan cakera berkembar di depan serta cakera tunggal di belakang. Sememangnya ia cukup mampu untuk memberhentikan motor ini dengan selamat dan berkesan. Hampir terangkat juga tayar belakang jika tuas brek ditarik terlalu kuat. Walaupun jarak tuas brek agak panjang, ianya dilengkapi dengan tombol larasan untuk disesuaikan dengan kehendak penunggang. Maklumlah lain orang lain citarasa. Satu lagi bonus pelarasan pada motor ni selain pada suspensi hadapan dan brek hadapan, bahagian pemijak kaki penunggang juga boleh dilaras mengikut kehendak penunggang. Memang sesuatu kelebihan yang jarang ada pada motorsikal sepertinya. Jadi tidak perlu runsing untuk membeli pemijak kaki gantian jika pemijak kaki asal tidak sesuai dengan penunggang. Ini dapat memudahkan penunggang untuk menumpukan perhatian pada tunggangan jika kedudukan kaki telah disesuaikan dengan penunggang.

SONY DSC

Tentang penjagaannya pula jangan risau atau khuatir atas kekurangan sumber alat-ganti kerana enjin Naza Blade 650 EFI ini berasal dari jentera Hyosung yang merupakan pengeluar alat ganti suzuki. Malahan enjin ini juga diasaskan dari enjin v-twin dari model suzuki dimana kebanyakan alat ganti dari suzuki boleh digunapakai pada jentera Naza Blade ni. Asalkan minyak pelincir enjin dan rantai dijaga dengan sempurna, tiada masalah. Jadi jangan risau dengan harga yang sangat memukau, anda dapat hasil produk yang berbaloi serta mudah dijaga. Berbaloi-baloi! Jumpa lagi dalam review yang lain. Nak berjalan-jalan dengan Naza Blade 650 EFI. Adios!

23,718 total views, 2 views today

Leave a Response