KTM DUKE 200 Non ABS RM15,888

Tahun 2014 dilihat sebagai tahun yang cukup mencabar bagi pasaran motorsikal negara tambahan lagi dengan pelbagai isu kenaikan yang mencengkam pengemar motorsikal untuk memiliki motorsikal idaman.Namun KTM Malaysia CKD sebaliknya berjaya meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi dan sekaligus memperkenalkan varian pada harga yang dilihat sangat berbaloi.

KTM MALAYSIA CKD secara rasminya memperkenalkan Duke 200 Non ABS pada harga RM 15,888 * .Sesuai dengan kehendak pasaran dan permintaan mendadak terhadap kategori ini,versi ini dilihat lebih menepati ideologi peminat KTM yang sebati dengan jiwa “Racer Tegar” dan lebih selesa tanpa sistem ABS.

2014-01-09-20-23-12

Pengenalan model ini pastinya melonjakan penguasaan KTM dalam segmen berkapasiti 250,ia menawarkan pakej yang macam best je…Yelah dengan penjimatan harga,pembeli boleh mengunakan extra penjimatan itu untuk melengkapkan lagi motorsikal dengan aksesori tambahan yang lebih mantap.Masuk Akrapovic lah apa tunggu lagi…heheh…

2014-01-09-20-22-20

Masih lagi mengekalkan spesifikasi terdahulu dan mejana 25HP ia sememangnya lincah dan menyeronokan untuk dikendalikan.Duke 200 dilihat alternatif terbaik dan relevan untuk dimiliki sebagai komuter harian.Apatah lagi dengan penjimatan minyak,bebas tol,penyelegaraan yang berpatutan dan hadir dengan gaya tersendiri dan dicemburui ramai.

2014-01-09-22-28-37

DUKE 200, Fast,Powerfull and stylish.

Kunjungi pengedar sah KTM MALAYSIA CKD atau layari FB:ktmmalaysiackd untuk maklumat terkini dan umphhhh…ngancam !

 

 

2,951 total views, 1 views today

Leave a Response