Kawasaki Z800 naked nakal !

Kawasaki Z800 yang diberi sentuhan baru telah menampilkan ideologi dan perwatakan yang lebih jahat! Nyata ia mencuri tumpuan pengemar motorsikal kategori naked pasaran Malaysia.Dengan enjin yang dinaiktaraf dari750cc kepada 800.Z800 telah melalui anjakan yang lebih mantap,garang dan agresif.

5
Kami betul-betul terkejut betapa bagausnya Z800 jika dibandingkan dengan keluaran terdahulu Z750.Pengenalan model ini bertetapan dengan sambutan ke 40 thn model siri Kawasaki Z.Z800 memberi kualiti tunggangan yg mewah dan tunggangan yang lancar disetiap rpm.Sememangnya satu tunggangan yang menyeronokkan!!perghhhh!Dengan harga yang boleh dikatakan sangat berkemampuan bagi pasaran Malaysia,dirasakan ia satu pembelian yang berbaloi untuk dimiliki baik bagi pengguna baru mahupun bagi advance rider.
Z800 salah satu jentera luar biasa dan unik dari setiap sudut,kalau diikutkan dengan beratnya yang agak berat iaitu __ kg ini sedikit sebnyak memberi gambaran utama kepada saya mungkin agak sukar untuk mengedalikan jentera ini.
Namun sangkaan kami meleset,jentera ini begitu mudah dikendalikan dan amat mengujakan…Gaya streetfighter yang ada pada jentera Z ni,buat semua org pandang…

3
Z800 direka sangat agresif .Ia seperti sebuah Transformer seolah olah akan bangun dihadapan anda.Penampilan karekter agresif dan nakal ini,kami merasakan ramai yang akan memuji dan menyukai Z800 .Ia tak menghairankan jika ramai yang mengidamkan jentera ini dan menjadi jentera pilihan pada tahun 2013.

2013-kawasaki-z800-middleweight-evil-bonanza-photo-gallery_2

Didatangkan dengan sistem suspensi yang telah ditala,ia menjadikan tunggangan yang ternyata lebih cemerlang dan selesa pada kelajuan rendah mahupun tinggi.Ia menyerap hentakan dengan bagus baik jalan rata atau berlubang.Namun sedikit tearasa berbuai ketika melalui selekoh pada kelajuan tinggi,tetapi kawalan masih berada pada tahap baik.
Walaupun hanya 6bhp pertambahan kuada dr model terdahulu,namun Z800 memberikan pengalaman baru kepada kami .Terima kasih dengan gaya yg lebih jahat dan muscle.

6
Kuasa Z800 yg sangat lancar ,membuatkan Z ni sangat mengujakan untuk ditunggang,boleh kata sepanjang bersama kami,hari hari nak ride Z800 nilah…Jika dinilai pada data jelas sekali keupayaan Z800 melebihi model Z750 terdahulu dari segi keupayaan pecutan awal dan kelajuan maksimum tetapi jurang tidaklah terlalu besar.

Kami menyifatkan model ini cukup sesuai bagi semua peringkat golongan penunggang.Untuk mereka yang masih tercari-cari motosikal pertama terutama yang mahu menceburi dunia motosikal berkuasa tinggi, saya beranggapan Z800 boleh dianggap antara pilihan terbaik.
Walaupun tidak menawarkan kuasa pecutan sehebat sama seperti motosikal versi sport, ia tetap relevan untuk perjalanan jauh. Cuma penunggang terpaksa menahan tamparan angin yang kencang. Begitu pun, secara purata hantaran kuasa adalah lancar dan selesa.
Seiring dengan peningkatan kuasa pada Z800, sistem brek turut dipertingkatkan dengan menambah saiz cakera brek kepada 310mm. Walaupun saiznya cuma lebih 10mm dari model Z750 ia cukup penting bagi memastikan keselamatan penunggang tambahan pula Z800 mampu pergi sehingga 250kmh !!!

5,907 total views, 1 views today

Leave a Response