KAWASAKI Z250SL MALAYSIA HANYA RM15,739 !!!!!

Selepas dipertontonkan kepada umum di World Superbike Championship,hari ini secara rasmi jentera Kawasaki Z250SL dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia dengan harga yang sangat menarik dan sukar dipercayai.

Tak perlu intro yang panjang lebar, Z250SL ditawarkan pada harga RM 15,739*,ini betul-betul bukan cobaan.. !!!

10564022_10152333842315787_2096327077_o

Perbezaan Z250SL dengan 250SL adalah Z250SL lebih ringan,almaklumlah ia lebih seksi dan lebih telanjang.Jadi tak mustahil jentera dari keluarga Z ini sangat lincah untuk “town ridding ” dan sistem saspensi yang telah ditala semula.

10559623_10152333845660787_37471215_o

Tiada perbezaan enjin berbanding 250SL dan masih menggunakan enjin dari KLX250 yang sudah terbukti kehebatannya dan ia memiliki kuasa kuda yang boleh diklasifikasikan tinggi dalam kelasnya iaitu 28HP.Tambahan pula dengan rekabentuk yg ramping dan ringan ia memberikan lebih fleksibiliti untuk memacu di kotaraya.

10550356_10152333849300787_1059012346_o

Z250SL disasarkan kepada golongan berusia sekitar 18- 30t ahun dengan sasaran kepada rider baru , rider yang mahukan “upgrade ” dari kapchai mahupun ladybikers.Tak de berat mana pun jentera Kawa ni cuma 148Kg je.

yo

Bagaimana dengan kualiti jentera ini ? Pengamaatan awal kami,kualiti dan “detailing” yang cukup bagus dan penggunaan material berkualiti jelas dapat dilihat dengan mata kasar walupun ia hanyalah sebuah jentera berkuasa 250cc.Jadi tidak mengejutkan jika Kawasaki Malaysia meletakkan sasaran jualan yang tinggi terhadap model ini.

10558633_10152333847565787_1172150522_o

Seperti diperkatakan,selaian kegunaan bandar,jentera Z ini juga sesuai untuk kegunaan jarak jauh atau touring.Ini kerana handle dan posisi menunggangnya lebih selesa berbanding versi 250SL.Handle lebih lebar dan tidak terlalu tunduk memberikan posisi lebih relaks.Kalau nak racing pun boleh sebab posisi duduk sedikit rasa lebih sporty dan memang nikmat layan korner-korner Kuala Klawang dan kawasan sewaktunya.

10559547_10152333860365787_1672331487_o

Pihak Kawasaki telah sangat berbesar hati untuk memberi Autoshift.net dan wakil media lain menguji jentera ini untuk jangka masa panjang.Jadi kami akan cuba memberi update dari masa ke semasa.Sesambil tu bolehla pergi book dulu dengan dua warna pilihan yang ditawarkan Hitam dan Orange.

10555417_10152333852045787_109752154_o

Flag off, Media semua dapat bawak balik moto raya untuk review ini machine !

10559547_10152333850465787_1211486780_o

Sedikit video sekitar majlis pelancaran Z250SL untuk anda !

 

 

26,533 total views, 2 views today

Leave a Response