Kawasaki Malaysia perkenal H2 / H2R dan Vulcan S

Kuasanya sangat mengujakan dan model H2R dan H2 dibawa ke pasaran Malaysia dalam tempoh yang singkat selepas diperkenalkan di Intermot dan EICMA .Model H2R diperkenal terlebih dahulu
sebelum versi jalanan di tayangkan kepada umum.Bertuahnya Malaysia menjadi negara pertama di Asia selepas Jepun diberi penghormatan untuk memperkenalkan model ini dipasaran.Seperti diketahui dan diperakui pasaran superbike Malaysia terus mendapat sambutan dan Kawasaki merupakan peneraju pasaran ini.

hraflg24.aps

H2R motorsikal berkuasa 998cc dan ditambah unit supercaj mampu menghasilkan 306hp dan 165Nm tork.Ia menjadi penanda aras baru dan memacu imej Kawasaki.

5ucwvskv.vnp

Supercaj Motorsikal H2R dan H2 ini dibina bersama KHI Gas Turbine & Machinery Company, Aerospace Company, dan Corporate Technology Division.Walupun industri motorsikal menjana pulangan yang sederhana,Kawasaki serius mencipta H2/H2R kepada umum keupayaan Kawasaki dan memacu syarikat ke satu tahap yang lebih hadapan.H2/H2R akan dibuat atas permintaan dan hanya seorang expert dan skil technician akan memasang sebuah H2/H2R sehingga siap.

Dengan kualiti dan reliabiliti yang telah diuji H2/H2R akan mula berada dipasaran pada 2015 dengan harga kurang dari RM 150,000 bagi model H2 dan kurang RM 300,000 bagi model H2R.

Disini Jay Leno’s membuat review H2 dan abang besar H2R.Banyak info berguna boleh diperoleh dari review ini.

 

Kawasaki-Vulcan-S-030

Turut dilancarkan pada majlis yang sama model Vulcan S yang menggunakan enjin 649cc.Model ini diramalkan bakal mendapat sambutan hangat pada 2015.Dengan harga menarik dibawah RM 30,000 Vulcan S pasti menjadi pilihan rider baru mahupun penunggang wanita.

2015-kawasaki-vulcan-s-10
Sama-sama kita nantikan fenomena Vulcan S yang bakal mewarnai dunia permotoran Malaysia.

Kami akan cuba membuat laporan lengkap Vulcan S & H2 jika diberi peluang oleh Kawasaki.Sama – sama kita tunggu.

9,607 total views, 1 views today

Leave a Response