Kawasaki J300 Skuter MANTAP !!!

Model Kawasaki J300 diperkenalkan secara rasminya pada tahun 2014 dan disasarkan untuk pasaran Eropah . Sebagai memenuhi permintaan pasaran, Kawasaki Malaysia secara kini memperkenalkan model ini bermula pada bulan Mac 2016.

Sebagai salah satu pengeluar motorsikal terbesar di dunia,  adalah penting bagi Kawasaki untuk melengkapkan dan mempelbagaikan produk motorsikal mereka.Seperti telah diketahui ramai,Kawasaki menjalinkan kerjasama rapat dengan pengeluar skuter terbesar Taiwan KYMCO dan telah ‘rebadge’ semula model Kawasaki Downtown J300i.Model ini diberikan setuhan Kawasaki yang pastinya dapat dilihat pada lampu hadapan yang lebih sporty, terlihat kemas identity tersendiri sebuah supersport Kawasaki Ninja yang tajam,kemas dan agresif.Ia mencermikan sebagai sebuah jentera yang mencerminkan pandangan imiginatif masa depan dengan sebuah jentera mesra alam.

Kawasaki___j300_rsz_1_0264233

Dengan kesesakan lalu lintas yang semakin hari semakin teruk,skuter menjadi alternatif terbaik untuk pengakutan di ibukota mahupun sebagai jentera untuk kegunaan harian mahupun untuk aktiviti touring.Peluang untuk menguji J300 ini disekitar Sepang –  Banting – Putrajaya sangat -sangat lah berguna untuk mengenal dengan lebih dekat J300.Perjalan bermula sekitar jam 8.30 pagi selepas sesi taklimat dan pengenalan jentera J300 diketuai oleh Dato Jefree Lim.Kumpulan media kemudiannya dilepaskan sediri oleh Dato Jefree dan sesi tunggang uji bermula dari Putrajaya diiringi oleh polis trafik dan marshall.Untuk makluman sesi pagi ini turut disertai Mr Saturo Akitsu Pengarah Teknikal Kawasaki Malaysia.

Dato Jefree

Enjin dihidupakan dengan menarik tuil brek dan kemudian tekan butang enjin starter.Kedengaran bunyi enjin J300 yang perlahan dan penulis pun sudah tak sabar lagi nak ride scooter selepas agak lama juga pencen main scooter.Kemudian isyarat diberi,pulas sedikit pendikit dan dengan lancarnya jentera ini melahu tanpa.System automatic berfungsi dengan cemerlang setelah pendikit dipulas,jentera terus meluncur dan memberi hantaran yang bagus walaupun jentera ini di atas kertas macam agak berat.Agak terkejut juga bila ia mudah dikendalikan dan terasa ringan untuk dikendalikan selepas pendikit diperah.Orang putih kata twist & go…lancer…line clear gitu..

Kawasaki___j300_rsz__0264479

LESEN B PENUH

Impresi pertama terhadap scooter ini selepas 10minit pertama tunggangan, terasa pelana ini sedikit rendah namun seat standart ini lebar dan memberikan keselesaan kepada penunggang.Memang sangat empuk didalam kelasnya.Namun disebalik seat yg rendah,ruang kompatment dibawah seat adalah besar sekitar 12l dan mempunyai tangki minyak yang besar iaitu 13Liter.Ia menjadikan skuter ini sebagai salah satu pilihan untuk kembara perjalanan jarak jauh tambahan pula enjin 299cc dengan sistem sejukan cecair memang sudah terbukti.J300 sesuai untuk semua lapisan rider,baik baru mahupun yang sudah rider berpengalaman.Namun anda perlulah memiliki lesen B Full untuk menunggang jentera ini.Untuk makluman untuk mendapatkan lesen B penuh bukanlah sesuatu yang sukar dan tidak hairanlah Kawasaki yakin untuk mempertaruhkan jentera ini untuk memberikan lebih kepuasan kepada pemilik.Hanya sedikit usaha perlu dilakukan untuk mendapatkan lesen B penuh dan tidaklah sesukar mana yang digembar gemburkan di media sosial.

rsz_6mpiputra_1777

Dengan kuasa sebanyak 28HP,kuasa jentera ini sangat smooth dan boleh dikatakan sentiasa berkuasa dalam apa jua keadaan sekalipun.Kuasa jentera J300 setiasa ada baik ketika untuk overtake atau ketika baru nak memecut di trafik light.Dengan kuasa yang banyak untuk ditawarkan dengan system automatik yang terbaik ini memberikan enjin J300 kurang berkerja keras dan  inilah hasilnya kuasa jentera yang sentiasa tersedia dalam apa jua bentuk permukaan jalan dan ia tidak menjadikan ia satu kekangan untuk membawa pilion rider.

_0264104

Dilengkapi dengan roda 14″ dan 13″ di belakang memberikan keyakinan yang tinggi untuk kestabilan tunggangan fork teleskopik depan dan pasangan penyerap kejutan spring boleh laras lima tetapan dibelakang menjadikan J300 sebuah jentera yang memberikan perjalanan anda selesa dan bergaya.Pemijak kaki belakang ala motorsikal membolehkan penumpang relaks dengan selesa.Sistem brek ABS adalah standart untuk pasaran tempatan.Kuasa hentian ternyata bertindak balas dengan baik kerana ia sebuah jentera yang dilengkapi sistem brek cakera berkelopak di bahagian hadapan (260mm) dan di belakang(240mm).

Sistem brek memang teruji ketika konvoi media ini,almaklum sahaja kawasan tungang uji kami terpaksa berhadapan dengan lori – lori ketika waktu puncak dan memerlukan kami untuk mengunakan brek dengan tiba – tiba.Sistem brek ABS memberikan keyakinan dan membrek dengan cekap. ABS adalah standart kepada setiap J300 dan ini satu langkah bagus dari Kawasaki Malaysia untuk keselamatan setiap penunggang yang menyakini jentera Kawasaki.

Kawasaki J300

Sebuah jentera yang direka tanpa kompromi untuk membataskan keseronokan tunggangan,J300 dilengkapi mempunyai tupang hidraulik untuk mengokat tempat duduk sewaktu membuka ruang simpanan dengan mudah.Ia juga dilengkapi lampu led untuk membantu anda melihat ruangan simpanan yang cukup besar yang mampu untuk menyimpan sebuah topi keledar penuh dan sebuah beg bimbit.Ia mampu menampung berat maksimum sehingga 10kg.Boleh simpan macam – macam di bahagian ini tetapi seelok eloknya,perlatan elektronik seperti komputer riba tidak diletak disini bimbang dengan haba panas.Ininlah kelebihan sebuah skuter yang digemari ramai.

Sebagai sebuah jentera untuk kegunaan harian,ia turut dilengkapi soket kuasa 12V dalam kotak sarung tangan untuk mengecas telefn atau membekalkan kuasa pada alat bantuan GPS mahupun smartphone anda.Terdapat juga cangkuk kecil untuk mengantung beg kecil sehingga bebanan 3kg.Ia sangat berguna untuk sangkut barangan keperluan tanpa perlu menyimpan diruangan simpanan.

Kawasaki J300

Tunggang uji yang melalui jalan-jalan yang sedikit beralun namun sistem suspensi bertindak baik dan tanpa disedari sudah hampir 150km memulas pendikit minyak,dan tak terasa keletihan pun.Badan dan mula biasa dan menyesuaikan diri dengan jentera ini dan makin lama makin seronok nak pulas pendikit sebab J300 sentiasa memberikan kuasa yang diperlukan untuk keseronokkan tunggang dan tak hairan lah boleh meluncur laju sehingga 170kmh ketika kumpulan media kami memasuki lebuhraya SKVE.Masing – masing pulas pendikit semaksimum mungkin.

Dengan harga ditawarkan RM 31,500 , ia mungkin sedikit tinggi berbanding jenama skuter Taiwan lain.Namun kualiti dan pakej jenama Kawasaki yang ditawarkan adalah sesuatu yang sangat istimewa.Tidak perlu risau tentang khidmat selepas jualan,semua sudah maklum jenama ini begitu gah di pasaran Malaysia.

Kawasaki J300

13,600 total views, 1 views today

haikal

haikal

Autoshift.net website founder.Est since 2006. Start his journey with 150cc scooter Modenas Elite. Love speed and bikes

Leave a Response