Kawasaki D-Tracker 150

Jika anda mencari sebuah jentera yang mudah dikendalikan,lincah, dan memiliki gaya sebuah motorsikal Motard,apa yang perlu ditunggu lagi? Kawasaki Motor Malaysia kini memperkenalkan Kawasaki D-Tracker 150, sebuah motorsikal dwi fungsi yang memberikan kepuasan tunggangan samada di dalam bandar mahupun tunggangan ekstrem di luar bandar.

Kombinasi menarik  ini memberikan D-Tracker 150 sebagai sebuah jentera yang menawarkan pakej menarik untuk tunggangan harian di bandaraya mahupun untuk tunggangan hujung minggu di kawasakan yang lebih mencabar,sekaligus menguji keupayaan sebenar motorsikal berkuasa 150cc ini.

D-Tracker didatangkan dengan tayar yang hanya bersaiz 14 inchi.Ini berbeza berbanding Kawasaki KLX150 yang hadir bersama tayar 17inchi.Faktor ini membantu pegemar motorsikal ini yang “kurang ketinggian” untuk memiliki dan menunggang D-Tracker.Sedikit ubah suai mungkin  boleh dilakukan jika anda selesa dengan tayar yang bersaiz 17.

D-Tracker dikatakan telah melalui proses penambahaikan berbanding model KLX150s,kerangkanya diperkukuhkan dan dibina dari bahan tegangan keluli tinggi,ia memberikan kawalan yang mantap dan stabil dalam keadaan yang eksterm.Dtracker tampil dengan suspensi depan jenis inverted cartidge dan swim arm belakang jenis Uni-Trak .

Masih lagi menggunakan enjin yang sama dengan KLX150 berkuasa 144cc 5 kelajuan,4 lejang yang menjana 11.5Hp pada rpm 8,000 dengan tork 12Nm pada RPM 6,500.

D-Tracker menggunakan single piston calipers dengan diameter 212mm disc pada bahagian hadapan manakala 156mm untuk bahagian belakang untuk memberikan sistem brek pada tahap terbaik.

Sebuah jentera lengkap untuk kegunaan harian mahupun sebagai sebuah motorsikal off road yang menawarkan pakej tunggangan mantap,jitu,dan seronok untuk ditunggang ! D-Tracker dijual pada harga RM9,689 iaitu extra sebanyak RM 900 berbanding Kawasaki KLX.Ditawarkan dengan dua warna pilihan,Hijau dan Orange.Dapatkan sekarang !

8,751 total views, 3 views today

Leave a Response