Kawasaki D-Tracker 150 Review

Hello berjumpa lagi kita dalam segmen review Autoshift.net. Mangsa ujikaji untuk kali ini adalah bayi terbaru dari Kawasaki Malaysia iaitu model D-Tracker 150….Iye 150cc jer. Maklumlah sekarang kapcai kurang mendapat sambutan sebab orang tengah musim gila “scrambler” ala-ala azroy. Tapi dulu lama dah kawa keluarkan scrambler cilik diorang KLX150.

11-dtrac4-2

Ape beza dengan D-Tracker 150 ni pulak ye? Kalau nak cerita spesifikasi baik tengok “spec Sheet jer terus”  tapi ni bukan nak cerita pasal tu. Kalau nak dibandingkan KLX dgn Dtracker ni paling senang nampak ialah pada bahagian tayar. KLX pakai tayar “dirt” memang tayar scrambler betul manakala Dtracket ni guna tayar “street” ala lebih kurang “motard” style lah.

23-2012-06-08-12-34-35

Baru lah sesuai masuk hutan batu. Sebab dulu masa KLX keluar memang tanggapan aku satu jer. Celah mana nak carik lumpur kat tengah-tengah bandar. Takkan nak turun kat longkang ataupun tebing sungai gombak tu. Naya jer polis tangkap nanti. Hahaha.

12-dtrac5

Jadi dengan tayar ala motard yang lebar dan cengkam diatas tar barulah yakin bila mencilok di tengah kesesakan jalanraya. Kalau jalan semua jem boleh panjat divider terus.

07-dtrac2

Sekali pandang Dtracker ni nampak macam motard bersaiz besar. Tapi kecik jer cilik rupanya. Tidaklah sampai sekecil Kawasaki KSR110 funbike tu. Tapi kira comel macam kapcai jugak. Sesuai sangat kalau gadis comel molek yang berhajat nak mencuba motor lasak ala-ala azroy dan azura.

19-dtrac10-1-3

Dengan diameter rim 14inci memang mudah untuk menunggang motor ni. Tapi nanti macam mana nak ganti tayar dengan saiz pelik ni. Tak banyak motor yang pakai saiz rim 14inci ni. Rasanya tayar import saja lah pilihan yang ada sebab skuter gilera pun guna rim 14inci jugak. Apa pun tayar standard fresh dari kilang pun dah cukup bagus dan grip. Bila ditekan dengan kuku memang rasa lembut walaupun jenama tayar IRC bukanlah pilihan utama untuk tayar prestasi tinggi.

06-dtrac

Cukup lah untuk meratah selekoh di kuala kelawang dengan geng motor besar. “Jenuh jugak mengejar engkau ni; kata mereka”.  Motor kecik tapi laju macam pelesit. Elok sangat la tu dengan warna hijau tu. Pelesit Hijau Kotaraya katanya. Ai belum apa-apa dah dapat “nickname” dah.

04-blade16-3

Item seterusnya adalah talaan suspensi depan dan belakang. Tapi yang nak ditekankan adalah bab fork hadapan atau dengan nama machonya “sepit udang”. Jenis terbalik tuuuuuuu. Bukan kilang pasang terbalik lah. Nama saintifik dia “USD fork” atau nama panjang “UP-Side Down Fork” yang biasa kita tengok terpasang pada motor-motor prestasi tinggi. Memang padan lah dengan fork ni kerja mencari speedbump dan lobang jer…sebab tak terasa pun.  Memang empuk tidak terlalu lembut.

10-dtrac4

Kita belanja sikit aksi stunt. Stoppie dan wheelie. Memang seronok bawak motor cilik macam ni. Dan tak keterlaluan jika dikatakan Dtracker ni berada pada satu aras lebih tinggi dari kawasaki KSR dalam semua aspek. Termasuklah keseronokan tunggangan, saiz dan prestasi.

17-dtrac9-1
Tangki minyak yang besar lebih kurang 6liter memang tak perlu risau untuk menunggang dalam jangkamasa panjang apetah lagi bila berada di kawasan luar bandar bila nak mencari stesyen minyak memang jarang-jarang jumpa. Tambahan pula karburator jenis vakum 24mm boleh dikatakan besar juga dari kapcai tapi disebabkan rekabentuk karbuarator jenis vakum ni menjimatkan minyak.

20-dtrac10-1-4

Anda boleh pergi lebih jauh dengan satu isian. Macam tak percaya dari tengah bandar Kuala Lumpur ke balakong, pusing ke kajang lepastu lari pula ke jalan klang lama RM5 petrol RON95 tak habis pun. Percayalahhhhhhh. Enjin pun tak besar mana, Cuma 144cc secara tepatnya. Topspeed? Tak laju pun Cuma 120km/h dgn ralat meter yang minimum berdasarkan GPS. Atleast takdelah syok sendiri atas jalan meter konon-konon laju.Hehehehehe.

05-blade16

Tapi keseronokan menunggang kelajuan maksimum bukanlah ukuran. Tetapi kecepatan atau pecutan untuk mencapai halaju tersebut yang penting dan ditambah pula dengan kemantapan handling motor, memang tersenyum lebar aja bila bawak Dtracker ni.

22-dtrac10-1-6

Bahagian luaran tak banyak beza dari KLX150, Cuma sticker grafik yang lebih ranggi, dan juga fork serta tayar yang berbeza. Walaupun perubahan tak banyak tapi pastinya pengalaman menunggang Dtracker berbeza kalau dibandingkan dengan tunggangan KLX150. Dengan harga dibawah RM10k memang sangat berbaloi kerana perbezaan harga yang sedikit dengan KLX150, Dtracker membuktikan bahawa keseronokan menunggang bukan hanya tertumpu pada kuasa enjin dan kelajuan maksimum sahaja. Keseronokan yang boleh dinikmati walaupun pada kelajuan rendah dan kurang berbahaya.

01-dtrac10-1-9

Pendek kata memang sangat mengasyikkan apa bila menunggang Dtracker ni. Rasa tak puas pula bila kawasaki malaysia Cuma memberikan 3hari untuk sesi ujian motor Dtracker ini. Lain kali bagi lah masa panjang sikit ye kawasaki malaysia. Heheehehe boleh 24-kawasaki-d-tracker-150-leaflet-outer

25-kawasaki-d-tracker-150-leaflet-inner

 

19,425 total views, 1 views today

Leave a Response