FUTURE 125,Lebih power,Lebih Jimat

Ketika saya terdengar desas-desus pada bulan Julai yang lalu bahawa Honda ingin memperkenalkan model kapcai terbaru mereka saya begitu teruja dan memberi harapan tinggi mereka akan mempersembahkan model yang dilengkapi dengan suntikan bahan api *Fuel Ijnection System. Namun harapan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana model tersebut iaitu Honda Future 125 cuma dibekalkan dengan sistem karburator. Akan tetapi, anda tidak perlu berasa kecewa kerana syarikat Honda yang amat mementingkan penjimatan bahan api telah melakukan begitu banyak perubahan keatas model Future 125 ini demi memastikan enjinnya memberikan penjimatan petrol walaupun dengan pertambahan kuasa dan tork. Tidak dilupakan juga kelebihan aspek tunggangan yang lebih berkualiti berbanding dengan model Honda Wave 125 sebelum ini.

wp_001092

Pengalaman menunggang uji motor Future ini memberikan satu pandangan baru terhadap model Honda ini jika dibandingkan dengan model Wave125 sebelumnya. Jika sebelum ini model Wave125 terdahulu terkenal dengan penjimatan petrol tetapi hantaran kuasa dirasakan sangat kurang sehinggakan Honda EX5 boleh menyaingi kelajuan Wave125, tetapi kini tidak lagi. Tork pada pertengahan putaran enjin sangat padu dengan deruman ekzos yang padat, pecutan motor Future ini dirasakan seolah-olah mampu menyaingi motor lain yang mempunyai kapasiti enjin 135cc.

wp_001119

Kuasa pada kelajuan tinggi juga tidak mengecewakan kerana dengan mudah motor Future125 ini menyusuri lebuhraya pada had laju yang dibenarkan. Jika diteliti aspek ukuran omboh dan juga lejang motor Future125 ini adalah sama seperti model Wave125 sebelum ini. Tetapi perubahan sebenar adalah pada kedudukan offset crankshaft yang lebih ketara dan kurang geseran. Selain itu saiz injap masukan dan injap ekzos dibesarkan sedikit untuk meningkatkan kelancaran masukan bahan bakar serta gas buangan.

wp_001102

Dua perubahan besar ini telah banyak membantu dalam mengurangkan penggunaan petrol disamping meningkatkan sedikit kuasa dan tork yang lebih banyak dalam semua peringkat putaran enjin. Selain itu, perubahan utama pada rekabentuk kebuk penapis udara yang bersaiz gergasi dengan saluran panjang turut memberikan kelebihan dalam penghantaran tork yang lebih baik dimana ia turut memberikan kelebihan enjin yang lebih responsif.Selain itu dengan nisbah gear yang telah di susun semula memberikan tunggangan yang lebih relaks dan santai. Sesuai untuk perjalanan dekat mahupun jauh yang tidak memenatkan.

wp_001076

Ok cukup dengan teknikal enjin yang mungkin memeningkan. Kita lihat pula pada ruang letak helmet yang dikenali dengan nama “kotak-u” atau U-Box, ia mempunyai saiz yang teramat besar sehingga bayi kecil pun boleh dimasukkan U-Box. Eh, jangan cuba aksi tersebut pula dirumah. Merbahaya kepada bayi pula nanti. Ruang yang sangat luas membolehkan kita menyimpan topi keledar atau helmet didalam ruang tersebut tanpa perlu memasang kotak simpanan tambahan. Ini memberikan rupa aestatik yang lebih baik serta mengurankan tambahan berat yang boleh mengganggu kawalan motorsikal. Bukan sahaja ruang kotak-u yang lebih besar diberikan perhatian, saiz tangki minyak juga dibesarkan sehingga hampir dua kali ganda lebih besar dari 3.7liter pada model terdahulu kepada 5.6liter pada model Future125 ini. Ini dapat meningkatkan jarak perjalanan sekali isian lebih 100kilometer berbanding model Wave125 sebelum ini. Ini bermakna jumlah jarak perjalanan yang diperolehi dengan satu isian penuh adalah lebih dari 250kilometer. Sudah tentu ini amat baik bagi mereka yang menunggang kapcai untuk perjalanan jauh. Tidak perlu lagi kerap berhenti untuk mengisi minyak.

wp_001101

Penambahbaikan dalam aspek keselesaan tunggangan juga tidak diabaikan dengan tempat duduk yang lebih lebar dan kontur permukaan yang padan dengan punggung memberikan keyakinan sewaktu menunggang. Ia juga dapat memberikan keselesaan kepada mereka yang berbadan besar. Sudah tentu ini satu lagi faktor yang sangat baik. Sistem suspensi belakang yang lebih tegap juga memberikan pengendalian yang mantap sewaktu menyusuri jalan berselekoh. Ditambah pula ini adalah pertama kali bagi syarikat Boon Siew Honda menawarkan opsyen brek cakera belakang untuk model kapcai mereka, jarak membrek lebih pendek dan selamat terutama diwaktu kecemasan. Terbukti menyelamatkan saya sewaktu mengelak dari di himpit oleh pemandu kereta yang tidak bertimbang rasa.

wp_001113

Dengan tiga pilihan model pelbagai warna iaitui model asas dengan rim normal dan brek belakang jenis gelendong, model pertengahan dengan rim sukan (rim sport lahhh) berserta brek belakang jenis gelendong serta model premium dengan sport rim dan brek belakang cakera, anda pasti tertawan.

wp_001120

Oh, satu soalan yang tidak mungkin dapat dilupakan apabila kita berbicara tentang motorsikal terbaru sudah tentu berapakah “TOPSPEED” yang dapat dicapai bagi motor HONDA FUTURE 125 ini? Jawapan saya mudah tetapi mungkin sukar diterima oleh kebanyakan orang.Tidak laju pun, sekitar 115km/h hingga 125km/h sahaja bergantung pada berat penunggang serta permukaan jalan mendaki, rata atau pun menuruni cerun.

wp_001093

Walaubagaimanapun, berdasarkan ujian yang dijalankan oleh saya ketika menunggang-uji motor ini, ketika jarum penunjuk kelajuan berada pada 110km/h kelajuan yang ditunjukkan pada paparan GPS saya adalah pada 106km/h. Tidak tersangka bahawa ralat kelajuan berada pada tahap minimum sedangkan ralat pada meter kereta pun berbeza sehingga hampir 10km/h menggunakan GPS yang sama. Jadi tidak hairan lah sewaktu menunggang motor Future 125 ini pada kelajuan 100km/h tamparan angin begitu ketara tidak seperti ketika menunggang kapcai lain pada kelajuan 100km/h yang dirasakan amat perlahan. Perbezaan ralat yang amat sedikit ini juga membantu ketika menunggang motorsikal dilebuhraya dimana kita dapat menunggang pada kadar yang selamat dan tidak mengganggu kenderaan lain kerana jarum penunjuk kelajuan mempunyai ralat yang kecil.

wp_001111

Jadi sehingga berjumpa lain kali, saya nak sambung solo ride ke selatan menaiki Future125 ni.yehaaaaaa….enjoy dulu pic-pic ni ya !

wp_001108

wp_001117

wp_001065

wp_001059

wp_001077

wp_001057

wp_001066

wp_001069

34,808 total views, 3 views today

Leave a Response