Honda CRF250L 2013 Review

Sejak kebelakangan ini anda semua pasti kerap terserempak dengan jentera-jentera 2 roda berupa motard dan motocross yang terdiri dari pelbagai jenama, warna dan saiz. Antara yang kerap kita lihat seperti Demak DTM, Kawasaki KLX-Dtracker, Nimota Ranger serta jenama yang disegani iaitu KTM Duke200. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan dalam segmen offroad/dualsport, Boon Siew Honda juga menawarkan model offroad/dualsport mereka iaitu CRF250L.

wp_002620

Honda CRF250 lebih kecil, lebih ringan dan ringkas berbanding dengan motorsikal lain dalam kelasnya yang menjanjikan tunggangan yang menyeronokkan di atas jalanraya mahupun di atas tanah. Berbekalkan enjin yang serupa dengan CBR250, bermakna CRF250L ini berkongsi komponen enjin dimana pengguna tidak perlu risau tentang alat ganti jika keadaan memerlukan. Walaupun menggunakan enjin yang serupa, sedikit perbezaan talaan enjin dan sproket, memberikan pengalaman berbeza jika dibandingkan dengan CBR250. Enjin yang responsif serta hantaran gear yang tepat dengan tekanan klac yang lembut, memudahkan tunggangan terutama dalam keadaan sukar seperti ketika menikmati permukaan tanah merah di kuari. Pecutannya di atas jalan juga boleh dikatakan hampir sama dengan model CBR250. Yang membezakannya adalah kelajuan maksimum CRF250 yang kurang sedikit kerana ratio sprocket yang disesuaikan untuk kegunaan offroad.

wp_002597

Sistem suspensi hadapan yang dilengkapi dengan USD fork bersaiz besar, serta Pro-Link monoshock dan ditambah pula dengan swingarm aloi yang ringan, memantapkan pengendalian CRF250 di atas jalanraya mahupun di atas tanah. Ketinggian tempat sebanyak 34.7inci kedengaran seperti amat tinggi bagi mereka yang bersaiz kecil/sederhana, namun dengan saiz tempat duduk yang ramping memudahkan motorsikal ini untuk ditunggang walaupun penunggang tersebut hanya setinggi 163cm. Di tambah pula dengan pakej dan rekabentuk motorsikal ini yang kurus, beban dari enjin dan komponen lain terasa ringan kerana berada betul-betul ditengah motorsikal. Amat ketara dan menyeronokan apetah lagi ketika melompat tinggi di udara sambil mengubah arah dan posisi motorsikal.

wp_002574

Talaan sistem suspensi yang mempunyai spring pre-load yang agak lembut mungkin tidak menepati citarasa pengguna offroad sepenuh masa. Akan tetapi, damping dan rebound yang disertakan dalam pakej supensi tersebut nyata mengubah persepsi terhadap pengedalian tidak kira di atas jalanraya mahupun di atas tanah. Percaya atau tidak, di jalanraya yang berliku, pengendalian CRF250 begitu mengkagumkan walaupun dengan menggunakan tayar separa offroad spesifikasi kilang. Rekabentuk bunga tayar tersebut masih lagi menitikberatkan pengendalian di jalanraya dan membolehkan penunggang bergayut sepenuhnya umpama pelumba supermoto. Walaubagaimanapun ianya menyebabkan pengendalian di atas tanah terutama di kawasan yang berlumpur kurang menepati kehendak pengguna sejati motorsikal offroad.

wp_002515

Walau apa pun, motorsikal ini amat menyeronokkan untuk ditunggang. Sistem breknya yang memberikan cengkaman mencukupi, talaan sistem EFI yang tepat dengan penjimatan minyak, tidak hairan walaupun hanya mempunya tangki bersaiz lebih kurang 7liter, penunggang mampu pergi lebih jauh tanpa perlu risau tentang minyak yang tidak mencukupi. Terutama ketika sedang meredah kawasan hutan belantara dalam mencari keseronokan menunggang. Ergonomik penunggang juga amat selesa dengan handle yang lebar dan posisi yang santai, sudut steering yang responsif memudahkan sebarang pertukaran arah dibuat dalam tunggangan santai mahupun aggressif.

wp_002604

Dengan enjin mudah dihidupkan, mudah digunakan dijalanraya, penjimatan minyak, nampaknya Honda tidak melupakan aspek-aspek penting bagi pengguna motorsikal disamping menawarkan keseronokan tunggangan dua-alam. (bukan dua alam khunsa) tetapi alam bandaraya dan juga alam hutan hijau. Jadi tidak hairan jika semakin ramai pengguna motorsikal beralih kepada motor jenis ini yang menawarkan keseronokan bermotor tidak kira di mana jua.

 

 

10,790 total views, 4 views today

Leave a Response