Honda CB500X berbaloi dimiliki

Honda CB500X seperti yang telah diketahui ramai semakin mendapat permintaan yang tinggi dari peminat motorsikal umumnya di Malaysia.Dicipta dengan personaliti yang menarik dan kemas ia sesuai untuk penunggang motorsikal yang baru beralih arah ke jentera yang sedikit berkuasa.Ia adalah sebuah motorsikal yang berkosep pengembaraan yang direka dengan ketinggian yang sedikit tinggi namun selesa untuk penunggang atau pembonceng .

Dengan kesibukan kota yang semakin hari semakin meruncing,CB500X dilihat sebagai alternatif dan solusi kepada permasalahan ini.Tambahan pula dengan harga yang sangat mampu dimiliki,penjimatan minyak yang sememangnya diperakui dan CB500X ini ringan dan mudah
dikendalikan dalam kesibukan jalan raya.Ia adalah satu pakej yang menarik dan tidak hairan lah Honda Malaysia sekarang ini tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan CB500X.CB500X adalah model CKD dari Thailand.Jadi permintaan global untuk model ini boleh dikatakan sangat mengkagumkan.Review-review dari luar negara nyata sungguh positif !

20131107_122718

Pelana direka dengan ketinggian 810mm ini sebenarnya memudahkan  penunggang untuk memanjatnya dengan mudah.Ketinggian bar handle juga direka dengan tepat dan ia memberikan keselesaan kepada penunggang.Ia membolehkan penunggan menunggang dengan posisi yang selesa dan tegak. Begitu juga dengan pelana belakang yang direka begitu baik oleh Honda.

20131107_123214

Dengan ketinggian CB500X ini,ia memberikan penunggang dapat melihat melepasi kenderaan lain dengan mudahr sekaligus memberikan konsentrasi ketika menunggang.Seperti diperkatakan sebelum ini CB500X sebuah jentera yang ringan dan mudah dan tunggangan baik di bandar atau jalan biasa adalah sangat “comfortable” dan tidak memenatkan.Dalam kata lain mudah cilok.
Cermin sisi dibekalkan pengeluar juga memberikan pandangan yang memuaskan namun sebagai pengguna jalan raya,jangalah kita selalu hilang fokus untuk memerhati kenderaan dari arah belakang juga terutamanya ketika berhenti di lampu isyarat bimbang nanti ketika kita sedang hendak memberhentikan motorsikal terdapat pula pengguna empat roda yang cuba melanggar lampu merah dan menyodol motorsikal.Sekadar peringatan bersama.

20131107_122748

Berbalik kepada pengalaman menggunakan motorsikal ini,saya sangat teruja dengan CB500X dimana enjin berkembar selari 471cc dengan gerek 67mm dan lejang 66.8mm memberikan kuasa dipertengahan yang berkeupayaan dan agak responsive.
Enjin dan sistem gear juga berfungsi dengan sangat lancar dan memberikan tunggangan yang menyeronokkan.Kredit kepada sistem gearbox CB500X ini !

20131107_123223

Enjin yang lancar dan sistem clutch yang ringgan membuatkan CB500X untuk memacu dari ketika keadaan berhenti adalah semudah a,b,c. Dari segi kelajuaan,sememangnya ia mampu menjana 47HP dan memacu sehingga kelajuan maksimum 180kmh tetapi kelajuaan yang dilihat paling sesuai ialah sekitar130kmh -140kmh.Pada kelajuaan ini cermin penghadang dilihat mungkin perlu ditinggikan lagi kerana rintangan angin dari hadapan semakin kuat.Walaupun fork hadapan sedikit lembut, prestasi keupayaan pengendaliannya baik dan sistem suspensi adalah stabil.

20131107_123141

CB ini dilengkapi dengan tayar Pirelli Scorpion Trail yang bersaiz 120/70ZR-17MC (depan) dan 160/60ZR-17MC (belakang) memberikan cengkeman yang baik dan membuatkan kita tak henti nak meluncur bersama CB.Namun tayar ini dikatakan juga sesuai untuk offroad tetapi bagi kami selepas menguji CB500X ia lebih sesuai untuk jalanan biasa.Begitu juga karakter CB500X ini yang dikatakan sebagai sebuah jentera yang sesuai untuk kegunaan offroad, tetapi hasil pandu uji kami ia boleh melaksanakan off road aktiviti tapi tidaklah untuk kategori yang terlalu eksterm.Cemerlang untuk kegunaan harian mahupun kembara pada jarak sederhana mahupun jauh.Ia sudah terbukti unggul dan lasak !

20131107_123121

Tambahan pula Ia cukup menjimatkan dengan isian penuh ia boleh memacu sejauh 290kmh dengan kelajuan purata 120kmh – 130kmh.Untuk jentera sebegini,kelajuaan ini sudah mencukupi.Laju-laju pun nak pergi mana.

Sebuah jentera yang memiliki pakej istimewa untuk pasaran Malaysia yang boleh kita kategorikan sebagai sebuah jentera pengembaraan mini yang sangat berbaloi baloi  untuk dimiliki  sebagai motorsikal pertama anda !

 

10,343 total views, 1 views today

haikal

haikal

Autoshift.net website founder.Est since 2006. Start his journey with 150cc scooter Modenas Elite. Love speed and bikes

Leave a Response