Launch of New HONDA CB 500 Trio

Pengenalan trio model 500cc Honda baru-baru ini sememangnya ditunggu-tunggu peminat jentera dua roda berkuasa besar di Malaysia.Tambahan pula harga di tawarakan di pasaran Thailand mahupun di pasaran global dijual pada harga sangat berpatutan.Tidak menghairankan kami di Autoshift.net bila model ini mendapat banyak pertanyaan mengenai model ini

hondacbr2

Kami turut teruja selepas menerima pelawaan ke majlis pelancaran trio terbaru dari Honda .Dengan perut yang lapar,tak sabar-sabar nak menjamah nasi,kami terpacak awal di showroom Welly Subang.Lebih kurang jam 6.30petang,3 Model Honda baru diperkenal.Honda CBR500R,CB 500X dan CB 500F.Ketiga tiga model ini berkongsi banyak komponen.Tetapi setiap model ini mempunyai perwatakannya tersediri.CBR500R ibarat replika kepada model CBR1000R,tambahan pula warna putih…agak mengancam.

cb500f
Bagi yang suka perwatakan sedikit agresif,CB500F boleh menjadi pilihan.Ia juga sesuai sebagai komuter harian.Mudah dikendalikan,tambahan pula posisi menunggangnya lebih rileks.
Manakala CB500X, bagi yang suka menggembara.Nyata model ini banyak mendapat perhatian.Mana taknya,inilah model dikatakan pencabar kepada Versys 650 ,nak beli Versys mungkin memerlukan sedikit tambahan modal.
Trio 500 ini mampu menjana kuasa sehingga 47bhp.Iaitu limit maksimum bagi pemegang lesen A2 bagi pasaran global.47bhp bukanlah satu angka yang mengecewakan.Ia hadir dengan pakejnya tersediri…Cuba dulu bro !

hondacbryo
Model siri 500 Honda memberikan pengalaman tunggang yang lancar,mudah dikendalikan dan bergaya.Untuk penjimatan kos,model ini dipasang dan diimport dari Thailand.Namun kualiti pada model ini tetap berada pada tahap yang tinggi !Enjin CB dikongsi kepada ketiga-tiga model ini,yang membezakan hanyalah posisi tunggangan dan “bodywork”.
Naked CB500F mempunyai handle flat yang mendatar dan perlindungan angin yang minimum.Model pengembaraan Honda,CB500X mempunyai suspensi yang lebih panjang,posisi tunggangan lebih selesa dan cermin penghadang angin bersaiz kecil.

cbr500

Model CBR500R tampil dengan full fairing,ia lebih menampilkan ciri-ciri sport .Ketiga tiga model ini mempunyai karektar yang hampir sama walupun kelihatan agak berbeza.Ia mudah dikendalikan memandangkan beratnya yang kurang 200kg.Sedikit kekurangan pada model CB500X,dimana ketinggiannya mungkin menjadi sedikit masalah kecil kepada rider yang tak cukup cm. 🙂

cb500x
Enjin baru ini,agak mantap…Tulah,kena cuba dulu….agak berkuasa kepada penunggang berpengalaman mahupun rider-rider baru yang tak nak bermula dengan enjin 250.Enjin ini sangat lancar dan mencapai prestasi tinggi pada RPM 8500.Memancu pada kelajuan highway sangat mudah dicapai dan kelajuan maksimum dikhabarkan sekitar 190kmh.Sangat memadai bagi rider yang sederhana nafsu kelajuaannya !

hondacb500f
Model CB500F yang mempunyai handle yang lebar membantu memberi pengendalalian yang mudah dan stabil walaupun terpaksa melawan angin.Model full fairing masih boleh dikategorikan agak mudah untuk dikendalikan.Sistem suspensi yang dikongsi oleh model ini adalah sistem supensi asas,namun sudah cukup untuk memberikan kawalan terbaik kepada jentera ini.
Honda diuji krediabilitinya dengan memberi nama CBR500R,disebabkan ia adalah mesin replika perlumbaan.Walaupun tidak sepantas model lain,namum ia meberi perlindungan angin yang menjadikan model ini lebih relaks berbanding model 500F.

cb500x
Untuk yang gemarkan pengembaraan,model CB500X sudah pasti menjadi pilihan.Sistem suspensinya memberikan kualiti tunggangan terbaik pada jalan raya yang yang bumpy.Ia bukanlah model yang direka untuk kegunaan off road namun cb500x sedikit lebih baik berbanding 2 model lain .Ketiga tiga model ini didatangkan dengan tayar berkualiti dan juga pilihan sistem brake ABS.
Model-model ditawarkan ini pasti menjadikan pasaran motorsikal kita semakin menarik.Tertakluk kepada cita rasa dan gaya tunggangan,salah satu model ini mungkin terbaik bagi anda .
Ketiga-tiga modelini,mudah,simple dan memberi prestasi terbaik cukup untuk buat anda tersenyum.Ayuh ke kedai motorsikal Honda berhampiran….!

The introduction showroom prices are available as below:
STANDARD ABS
CBR500R RM 28,588 RM 31,888
CB500F RM 28,288 RM 31,388
CB500X RM 28,688 RM 31,988

5,064 total views, 1 views today

Leave a Response